Berita UtamaDunia

Eropah, Ukraine berdepan risiko bencana radiasi nuklear

Loji kuasa nuklear Zaporizhzhia dalam bahaya

KIEV, 28 Muharam 1444H, Jumaat – Russia kini meletakkan seluruh rakyat Eropah dan Ukraine dalam risiko bencana radiasi, apabila loji nuklear di Ukraine yang ditawan terputus daripada rangkaian kuasa negara.

Presiden Volodymyr Zelenskyy menyalahkan tentera Russia yang menembak berhampiran stesen jana kuasa sehingga mengalami kerosakan rangkaian kuasa elektrik.

“Sekiranya penjana kuasa tidak dihidupkan selepas bekalan terputus, terdapat risiko kemalangan radiasi.

“Russia kini meletakkan Ukraine dan seluruh rakyat Eropah dalam situasi selangkah lagi dari bencana radiasi,” katanya.

Kesan kebakaran sebelum ini menyebabkan grid nasional mengalami gangguan buat kali pertama.

Tegas beliau, buat masa ini paras radiasi berdekatan adalah normal walaupun kompleks loji itu kehilangan bekalan kuasa utamanya sejak semalam.

Katanya, selagi Russia menawan loji berkenaan risiko bencana adalah tinggi.

Di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia, keadaan kini amat bahaya.

“Saya terima laporan terdapat kebakaran di hutan berhampiran loji kuasa dan perlu meneliti isu dengan lebih lanjut,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button