Berita Utama

Macau Scam: Remaja 16 tahun antara 4 individu ditahan

Semua suspek direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

SEREMBAN, 3 Zulhijjah 1442H, Selasa – Empat individu termasuk seorang remaja berusia 16 tahun ditahan secara berasingan di Pulau Pinang, awal pagi tadi bagi membantu siasatan sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Supt Aibee Abd Ghani berkata, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah Nilai telah melakukan tiga serbuan ke sebuah rumah di lokasi berbeza antara 9 malam hingga 4 pagi tadi.

“Tiga lelaki dan seorang wanita berusia 16 hingga 31 tahun itu ditahan secara berasingan di tiga lokasi berbeza. Hasil siasatan mendapati tiga daripadanya adalah pemilik akaun bagi kes penipuan Macau Scam melibatkan kerugian sebanyak RM470,000 di Nilai pada 7 Julai lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua individu kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang juruteknik kerugian RM470,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Alor Setar, Kedah pada 7 Julai lepas.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button