Berita UtamaDunia

Rejim haram musnahkan 96 struktur bangunan milik Palestin

Termasuk 55 premis yang dibiayai EU dan negara anggota

HEBRON, 28 Muharam 1444H, Jumaat – Jumlah struktur bangunan dan kediaman milik penduduk Palestin yang diroboh atau dirampas tentera Zionis sepanjang bulan Jun adalaj jumlah yang tertinggi dalam tahun ini.

Ia menunjukkan pertambahan sebanyak 48 peratus berbanding purata keseluruhan aktiviti meroboh, sejak awal tahun.

Pejabat kemanusiaan PBB (OCHA) berkata, sebanyak 96 struktur bangunan dirobohkan sepanjang Jun lepas terutama di seluruh kawasan Tebing Barat termasuk Timur Baitulmaqdis.

Ia termasuk bangunan-bangunan lain yang dibina atas dana bantuan kemanusiaan.

Kesan daripada tindakan kejam Zionis menyebabkan 79 penduduk termasuk 36 kanak-kanak hilang tempat tinggal dan pekerjaan.

Lebih malang apabila menyebabkan 6,400 penduduk Palestin yang lain terjejas.

Struktur yang diroboh disasar kepada pemilik yang tidak memiliki permit bangunan yang dilihat sesuatu yang mustahil bagi penduduk Palestin memperoleh terutama di Kawasan C dan Timur Baitulmaqdis.

Daripada 20 bangunan struktur bangunan yang dibiayai oleh penderma antarabangsa, 11 bangunan lagi daripada dana yang dibiayai oleh EU atau negara anggotanya .

Semua struktur bangunan terletak di Kawasan C dan kebanyakan lokasi dirobohkan di Ibziq, wilayah Tubas, kawasan yang ditetapkan oleh negara haram Israel sebagai zon menembak bagi latihan ketenteraan Zionis.

Malah 55 lagi struktur yang juga dibiayai EU atau negara anggota yang bernilai lebih AS$222,000 turut menerima arahan pemberhentian kerja.

Ia diletakkan dalam risiko dirobohkan yang majoriti berada di Massafer Yatta, selatan hebron. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button