Dunia

Taliban sekat lebih 23 juta laman web tidak bermoral

Turut kritik Facebook kerana tidak beri kerjasama sewajarnya

MOSCOW, 28 Muharam 1444H, Jumaat – Taliban telah menyekat lebih 23 juta laman web tidak bermoral, lapor Sputnik, memetik Pemangku Menteri Perhubungan dan Penerangan Najibullah Haqqani.

“Kami telah menyekat 23.4 juta laman web.

“Mereka menukar laman sesawang mereka setiap kali disekat. Jadi, apabila anda menyekat satu laman web, satu lagi akan aktif,” kata Haqqani kepada penyiar TOLONews pada Khamis.

Beliau turut mengkritik rangkaian media sosial Facebook kerana tidak memberi kerjasama sewajarnya.

Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afghanistan pada Ogos 2021. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button