Berita UtamaDunia

Israel gugur pendakwaan peneroka Yahudi bunuh rakyat Palestin

Dakwa tuntutan bela diri tidak boleh ditolak

RAMALLAH, 29 Muharam, 1444H, Sabtu – Pendakwa Raya Israel menutup kes seorang peneroka haram yang menikam seorang warga Palestin sehingga maut di Salfit, Tebing Barat diduduki.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, ia mendakwa bahawa ‘selepas menyemak bukti dalam kes itu, termasuk kenyataan daripada mereka yang terbabit dalam insiden berkenaan … keputusan dibuat untuk menutup kes tersebut memandangkan tuntutan membela diri tidak boleh ditolak.’

Kumpulan peneroka membunuh Ali Hassan Harb, 27, telah menyerang tanah keluarganya yang bersebelahan penempatan haram Israel iaitu Ariel, dan memindahkan rumah kayu dibina di sana.

Kematian Ali telah disiasat oleh kedua-dua agensi pengintip domestik Israel, Shin Bet dan Unit Jenayah Nasionalis Polis Israel.

“Walaupun mahkamah memutuskan untuk menutup kes itu, kami akan ke Mahkamah Agung dan kemudian ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Kami akan teruskan sehingga cebisan harapan terakhir, sehingga nafas terakhir, sehingga pembunuh dan kerajaan ini dihukum – kami tidak akan membiarkannya,” kata bapa saudara mangsa, Naim Harb kepada Al Jazeera.

Menurut Kementerian Kesihatan, Ali disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Martyr Yasser Arafat di Salfit.

Ahmad Harb yang menarik mayat sepupunya dari lokasi kejadian berkata: “Tentera, pengawal penempatan, polis, mereka semua ada di sana.

“Mereka memerhati ketika dia ditikam dan kemudian menghalang kami daripada mencapainya selama 20 minit,” katanya.

Serangan peneroka ke atas tanah Palestin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pasukan pendudukan melindungi penyerang dan menahan rakyat Palestin yang melindungi tanah mereka.

Hukuman dikenakan kepada peneroka dan tentera Israel adalah jauh lebih ringan daripada hukuman dijatuhkan kepada rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak bawah umur yang disabitkan kesalahan melempar batu.

Walaupun tiada kecederaan atau kerosakan yang berlaku, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button