Berita Utama

Keputusan kes Rosmah tular, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah lapor polis

Tindakan jejas integriti pengoperasian mahkamah, pentadbiran keadilan

KUALA LUMPUR, 29 Muharam 1444H, Sabtu – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dokumen didakwa keputusan perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.

Pejabat itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan dibuat berikutan laporan yang disiarkan Portal Malaysia Today bertajuk ‘Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022’ dan ‘Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here’ yang dikeluarkan semalam.

“Perbuatan itu merupakan suatu tindakan sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan. Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat berkenaan laporan portal tersebut,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa badan kehakiman tidak akan diganggu-gugat oleh perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara.

Mahkamah Tinggi menetapkan 1 Sept ini untuk keputusan kes rasuah Rosmah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button