Berita Utama

Ahmad Faizal sahkan Pengerusi PN Negeri Sembilan baharu

Enggan ulas sebab Eddin Syazlee digugurkan

SEREMBAN, 13 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengesahkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta.

Beliau menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith yang digugurkan daripada jawatan itu.

Ahmad Faizal berkata, pengambilalihan jawatan itu antara lain bagi membantu persiapan akhir jentera pilihan raya PN negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Datuk Eddin Syazlee tetap di dalam struktur kepimpinan. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik.

“Usaha sekarang ialah untuk melibatkan kepimpinan Pusat bagi menambah dan melicinkan perjalanan jentera parti,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun Ahmad Faizal enggan mengulas sebab Eddin Syazlee digugurkan daripada jawatan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button