Berita Utama

PKR sedia hadapi PRU15 seawal Oktober

Semua gerak kerja dijangka selesai akhir September depan

SHAH ALAM, 29 Muharam, 1444H, Sabtu – PKR sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seawal Oktober ini dengan gerak kerja yang dijangka selesai akhir September depan.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR di bawah Pengarah Pilihan Raya Rafizi Ramli dilihat strateginya jauh berbeza dan yang akan dijelaskan kepada ahli parti itu dalam masa terdekat.

“Kami akui beberapa kelemahan susulan kekalahan Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Johor. (Oleh itu) kami merangka strategi dan melihat suasana sekarang berbeza. Kami akui sebahagian besarnya terpalit dengan 22 bulan pemerintahan kerajaan PH yang ada kelemahan dan sumbangannya,” kata beliau.

Bercakap pada sidang media sempena Konvensyen Pilihan Raya Keadilan 2022 di sini hari ini, Anwar berkata parti itu akan bersama dengan PH bagi menghadapi PRU15 di bawah satu logo dengan beberapa penyesuaian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button