Dunia

Kuwait adakan pilihan raya Parlimen 29 September

Proses pencalonan akan berlangsung selama 10 hari

KUWAIT CITY, 30 Muharram 1444H, Ahad – Kuwait akan mengadakan pilihan raya Parlimen pada 29 September ini, lapor agensi berita negara (KUNA) pada Ahad.

Dekri menteri yang diterbitkan dalam warta rasmi pada Ahad menggesa pengundi untuk menunaikan tanggungjawab pada 29 September.

Kementerian Dalam Negeri berkata, mereka yang ingin bertanding boleh mendaftarkan pencalonan di jabatan hal ehwal pilihan raya mulai Isnin.

Proses pencalonan akan berlangsung selama 10 hari, kata Pusat Komunikasi Kerajaan Kuwait.

Sebelum ini, Kabinet Kuwait telah meluluskan penambahan presint baharu kepada empat kawasan mengundi berdasarkan geografi dan gabungan gabenor.

Ini sebagai sebahagian daripada langkah untuk memastikan pilihan raya telus dan sah yang mewakili kehendak pengundi.

Kuwait secara rasmi membubarkan Parlimennya pada awal bulan ini, dengan Putera Mahkota Sheikh Mishaal Al-Ahmad Al-Sabah menggesa pilihan raya awal diadakan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button