Berita Utama

Capai kestabilan ekonomi dahulu sebelum laksana PRU15: Akademik

Namun semua terpulang kepada PM tentukan masa sesuai

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 1 Safar 1444H, Isnin – Meskipun ketika ini bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin terasa, sukar untuk menentukan waktu yang sesuai membubarkan Parlimen.

Pun begitu, wujud desas-desus mengatakan PRU15 akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ia susulan tindakan kerajaan mempercepatkan pembentangan Bajet 2023 tiga minggu dari tarikh sebenar.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas lanjut mengenai tarikh pembubaran Parlimen walaupun UMNO sendiri mendesak agar PRU15 diadakan segera.

Mengulas perkara itu, Pakar Perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpendapat, waktu sesuai pelaksanaan PRU15 ialah apabila negara telah dapat mencapai kestabilan dalam ekonomi.

Selain itu, mata wang ringgit semakin stabil dan harga barang dapat diturunkan serta suasana ekonomi secara keseluruhan memuaskan.

“Namun, oleh kerana harga barang keperluan, keadaan ekonomi dipengaruh oleh suasana ekonomi dunia maka selagi dunia belum mencapai kestabilan keseluruhan, maka amat sukar untuk kita pulih dengan cepat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Justeru, beliau berpandangan sukar untuk tentukan masa yang sesuai untuk pilihan raya sekarang kerana suasana ‘feel good’ belum dapat dirasakan.

“Lantas terpulang kepada Perdana Menteri menentukan masa yang sesuai,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button