Berita Utama

Kenyataan palsu: Sultan Johor titah buat sekali lagi laporan polis

Sudah beberapa kali disebarkan, masih berterusan di media sosial

JOHOR BAHRU, 1 Safar 1444H, Isnin – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkait ‘kerajaan UMNO’ seperti dipaparkan dalam sekeping gambar yang berterusan disebarkan di media sosial.

Gambar itu memaparkan baginda dan bendera Johor, dengan kenyataan palsu tertera ‘kerajaan UMNO perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala alasan dan tipu helah’.

Sultan Ibrahim bertitah, ia adalah kenyataan palsu disebarkan secara berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui pelbagai aplikasi media sosial.

Baginda menegaskan, segala kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda atau keluarga diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor, iaitu Royal Press Office.

“Kenyataan palsu ini sudah beberapa kali disebarkan dalam media sosial dan ia masih berterusan hingga hari ini.

“Saya telah menitahkan Royal Press Office untuk sekali lagi membuat laporan polis berhubung perkara ini,” titah baginda menerusi hantaran di media sosial baginda hari ini.

Sebelum ini, Royal Press Office pernah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button