Berita Utama

Kapal perang India berlabuh di Pelabuhan Klang

Ketibaan disambut AKS TLDM Laksamana Muda Khir Junaidi Idris

PELABUHAN KLANG, 1 Safar 1444H, Isnin – Kapal peronda kelas Saryu ketiga Tentera Laut India, Ins Sumedha berlabuh di Pelabuhan Klang di sini semalam untuk lawatan tiga hari ke negara ini.

Ketibaan kapal yang dinakhodai Pegawai Memerintah Komander P. Phaneendra di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah, di sini, disambut Asisten Ketua Staf (AKS) (Operasi dan Strategi) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Khir Junaidi Idris.

Kapal Ins Sumedha yang seberat 2,200 tan, panjang 105.34 meter mempunyai berkelajuan maksimum 46 kilometer sejam (25 knot).

Kapal tersebut dilengkapi dengan beberapa sistem senjata, sensor, navigasi canggih dan sistem komunikasi yang dikendalikan oleh kira-kira 150 anak kapal dan pegawai.

Phaneendra ketika berucap pada majlis makan malam di INS Sumedha malam tadi berkata lawatan kapal peronda itu ke Pelabuhan Klang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala, meningkatkan kerjasama maritim dan saling boleh kendali antara India dan Malaysia.

Sementara itu, Khir Junaidi berkata beliau berharap semua penglibatan masa depan antara Malaysia dan India akan terus menjadi medium penting kedua-dua negara dalam membina kepercayaan bersama dan menjalin hubungan yang lebih kukuh.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India, B. N. Reddy.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button