Berita UtamaDunia

Keadaan Khalil Awawdeh ‘mengerikan’

Tahanan Palestin hanya tinggal kulit dan tulang

RAMALLAH, 1 Safar 1444H, Isnin – Selepas kira-kira enam bulan melakukan mogok lapar, tahanan pentadbiran Palestin di Israel, Khalil Awawdeh tidak mempunyai apa-apa melainkan tulang dan kulit.

Dalam mesej video pendek dari hospital, Awawdeh menggesa kepada dunia untuk berdiri bersama tuntutannya bagi kebebasan dari tahanan di Israel.

“Kepada rakyat dunia yang bebas, badan ini yang hanya tinggal tulang dan kulit, tidak mencerminkan kelemahan rakyat Palestin, sebaliknya ia adalah cermin bagi wajah sebenar pendudukan yang mendakwa sebagai negara demokrasi.

“Sementara ada tahanan tanpa pertuduhan dalam tahanan pentadbiran biadab untuk berkata dengan darah dagingnya: tidak kepada penahanan pentadbiran, tidak kepada penahanan pentadbiran,” katanya.

Semalam, pertubuhan hak asasi manusia menerbitkan gambar Awawdeh yang menunjukkan dia telah mencapai tahap kritikal akibat penerusan mogok dan kelihatan seperti rangka.

Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan rasa terkejut terhadap gambar Awawdeh dan menyifatkan ia sebagai ‘mengerikan’.

Katanya, Awawdeh berada dalam bahaya hampir mati, justeru menggesa melainkan bapa kepada empat orang kanak-kanak perempuan itu didakwa segera atau dia perlu dibebaskan. – Agensi

Pautan terdahulu;

https://ismaweb.net/2022/08/25/nyawa-tahanan-palestin-dalam-bahaya/

Mahkamah Israel tolak rayuan ke-2 Khalil Awawdeh

Israel beku sementara tempoh tahanan Khalil Awawdeh


https://ismaweb.net/2022/08/18/dipenjara-tanpa-bicara-4-tahanan-palestin-terus-mogok-lapar/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button