Berita UtamaDunia

Afghanistan runding beli minyak, gandum dan gas dari Russia

Jika berjaya akan buka peluang negara luar datang Afghanistan

MOSCOW, 2 Safar 1444H, Selasa – Pentadbiran Taliban kini dalam rundingan terakhir berkaitan syarat kontrak untuk pembelian gasoline dan benzene dari Russia.

Jurucakap Kementerian Perdagangan dan Industri Afghanistan, Habiburahman Habib mengesahkan delegasi yang dipengerusi menterinya berada di Russia dan sedang memuktamadkan perjanjian untuk bekalan gandum, gas dan minyak.

“Mereka sedang berunding dengan pihak Russia,” katanya kepada Reuters sambil menambah akan berkongsi maklumat lanjut selepas perjanjian selesai.

Sumber daripada pejabat Menteri Perdagangan dan Industri Afghanistan memberitahu kementeriannya dan Kementerian Kewangan telah berbincang bagi menjayakan perjanjian tersebut selepas delegasi melawat Russia, bulan lepas.

“Kami kini sedang menyiapkan perjanjian dan bersetuju mengenai pembelian minyak, gandum dan benzene,” katanya.

Sementara itu jurucakap Menteri Luar dan Tenaga Russia pula tidak mengulas lanjut perkara berkenaan.

Perjanjian dipercayai berlaku selepas delegasi Taliban yang diketuai Menteri Perdagangan dan Industri membuat lawatan ke Russia pertengahan Ogos lepas.

Sekiranya perjanjian berjaya dilaksanakan ia akan membuka negara luar untuk membuat perniagaan dengan Taliban walaupun pentadbirannya tidak diiktiraf secara rasmi oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button