Berita Utama

Enam inisiatif baharu bagi kelegaan kepada penjawat awam: Cuepacs

‘Walaupun tidak semua tuntutan dipenuhi namun tetap tunaikan’

BANGI, 2 Safar 1444H, Selasa – Enam inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu memberi kelegaan kepada penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, walaupun tidak semua tuntutan dan cadangan dipenuhi namun kerajaan tetap menunaikannya.

“Ini memberi kelegaan kepada penjawat awam pada ketika kerajaan sendiri tidak cukup lega dari segi kewangan.

“Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu turut memberi kesan terhadap penjawat awam.

“Kami memaklumkan kepada kerajaan bahawa kami juga berada dalam kesukaran ditambah pula dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya,” katanya, hari ini.

Mengulas mengenai sistem saraan, Adnan optimis dapat dilaksanakan pada tahun ini.

“Tiada tempoh masa ditetapkan namun bergantung kepada kedudukan kewangan negara.

“Sistem saraan ini diperkenalkan setiap 10 tahun dan Cuepacs mahukan ia diwujudkan tahun ini,” katanya.

Terdahulu Ismail Sabri mengumumkan 1.28 juta penjawat awam akan menerima bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam untuk gred 11 hingga 56.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button