Berita Utama

PN diingat tidak buka pintu kerjasama dengan PH

PH ancaman umat Islam dan Bumiputera di negara ini

BANGI, 2 Safar 1444H, Selasa – Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya tidak sesekali membuka pintu kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki menegaskan, PAS akan menentang habis-habisan usaha untuk bekerjasama dengan PH sama ada menerusi pakatan pilihan raya mahu pun gabungan politik.

“Penentangan ini selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS pada 15 Mei lalu.

“Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan PH mahu merungkai tonggak Perlembagaan Persekutuan, oleh itu kerjasama dengan PH adalah sesuatu yang mustahil bagi PAS.

“Matlamat mahu mencari kemenangan sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan PAS yang mahu mendaulatkan Islam, sama sekali tidak dapat diterima oleh pendukung dan penyokong parti ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zuhdi menjelaskan, PH merupakan ancaman kepada umat Islam dan Bumiputera di negara ini sebagaimana yang terbukti semasa 22 bulan mereka memerintah.

Katanya, kerjasama dengan PH sama sekali tidak termasuk dalam agenda penyatuan ummah dan sebarang usaha ke arah berkenaan adalah pengkhianatan kepada umat Islam di negara ini.

Katanya lagi, PAS akan terus berusaha untuk menyatukan ummah walaupun terdapat pergeseran tajam antara parti-parti yang dianggotai oleh masyarakat Islam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button