Berita UtamaDunia

Dituduh bantu Hamas, bekas ketua NGO di Gaza dipenjara 12 tahun

Audit antarabangsa tidak temui bukti kukuh Halabi salur bantuan

RAMALLAH, 3 Safar 1444H, Rabu – Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun terhadap bekas ketua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Gaza, atas dakwaan menyalurkan bantuan kewangan kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin, Hamas.

Jurucakap Suruhanjaya, Hassan Abed Rabuu berkata, Mahkamah daerah Beersheba di Selatan Israel menjatuhkan hukuman terhadap Mohammad al-Halabi, Ketua Operasi, World Vission, sebuah NGO antarabangsa Kristian.

Dia didakwa menyeleweng sehingga AS$50 juta untuk membantu Hamas membeli senjata dan membiayai kegiatan mereka.

Sementara itu, World Vission dalam kenyataan menyatakan kekecewaan terhadap hukuman berkenaan.

“Hukuman selama 12 tahun yang diumumkan ini bagi perbicaraan Mohammad al Halabi amat mengecewakan dan bercanggah dengan bukti dan fakta,” kata WV.

Mahkamah negara haram mendapati Mohammad al-Halabi bersalah kerana membantu Hamas (Palestin) dan pertuduhan paling serius kepadanya, menurut peguamnya sambil menyatakan akan membuat rayuan di mahkamah tinggi dalam masa terdekat.

Beberapa audit antarabangsa tidak menemukan bukti kukuh kepada bapa kepada lima orang cahaya mata itu menyalurkan bantuan kepada Hamas.

Israel sebelum ini enggan membebaskannya dengan jaminan manakala Halabi dan NGO berkenaan menafikan sekeras-kerasnya pendakwaan Israel itu.

Kebanyakan bukti terhadap Halabi dirahsiakan oleh Israel dengan merujuk kepada kebimbangan keselamatan, sekali gus mendorong pasukan undang-undang mempersoalkan kesahihan keputusan itu.

Halabi, yang mengetuai operasi Gaza untuk World Vision, ditahan pada 15 Jun 2016 oleh pihak berkuasa Israel dan didakwa pada Ogos tahun yang sama. – agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button