Berita Utama

Geng Nicky: Pegawai kanan polis pula ditahan

Kenyataan penuh dikeluarkan sebaik selesai tangkapan

JOHOR BAHRU, 10 Ramadan 1442H, Khamis – Seorang pegawai kanan polis ditahan susulan terbabit dalam jenayah terancang, Geng Nicky.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kenyataan penuh berkaitan kes itu akan diberikan sebaik tangkapan selesai dilakukan.

Pihaknya juga akan melakukan tangkapan susulan berkaitan Geng Nicky.

“Kalau saya keluarkan satu demi satu kenyataan mengenai tangkapan akan menjejaskan operasi yang sedang berjalan.

“Insya-Allah apabila siap tangkapan nanti, saya akan buat sidang media untuk memaklumkan hasil keseluruhan operasi.

“Apa yang pasti, operasi ini masih lagi berterusan dan akan ada lagi tangkapan susulan,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Selain itu, Ayob Khan berkata, polis juga telah mendapat kelulusan bagi menyenaraikan nama ahli perniagaan dalam buruan, Geng Nicky dalam senarai individu dikehendaki, selain dikenakan notis merah oleh polis antarabangsa.

Notis merah Nicky Liow mendapat kelulusan pada 20 April lalu, manakala isterinya, Niu Zhe yang juga warganegara China sehari kemudian.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button