Berita Utama

Hari Kebangsaan: Empat dron ditembak jatuh di sekitar Dataran Merdeka

Pemilik dron disiasat, tindakan akan diambil terhadap mereka

KUALA LUMPUR, 3 Safar 1444H, Rabu – Polis telah menurunkan sekurang-kurangnya empat dron yang diterbangkan secara haram semasa sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, hari ini.

Pegawai Unit Dron Operasi Udara (PGU) Bukit Aman, Inspektor Muhammad Faiz Shahabudin berkata, pemilik dron itu akan disiasat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.

“Kami berada di sini hari ini untuk memastikan tiada dron persendirian diterbangkan di sekitar kawasan acara.

“Mana-mana dron yang diterbangkan tanpa permit akan ditembak jatuh dan tindakan diambil terhadap (pemiliknya) oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya seperti dilapor The Star.

Muhammad Faiz berkata, empat anggota unit itu ditempatkan di mana ramai tetamu kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri, sedang menghadiri perarakan Hari Kebangsaan.

Terdahulu, pada Isnin CAAM berkata, langkah mengharamkan dron adalah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang akan melibatkan keselamatan awam atau meningkatkan risiko kemalangan melibatkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia yang terbang dalam formasi rendah di kawasan itu.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, sambutan Hari Kebangsaan kembali bertapak di Dataran Merdeka selepas berehat selama dua tahun.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button