Berita Utama

Lebih 4,000 jawatan kosong ditawar dalam Karnival Kerjaya AKM Kedah

Belia digesa tidak lepas peluang kunjungi karnival di perkarangan Stadium Darul Aman 

ALOR SETAR, 3 Safar 1444H, RabuGolongan belia di negeri ini diseru mengambil peluang mengintai tawaran pekerjaan yang ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Jamin Kerja sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang berlangsung dari 2 hingga 4 September ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kedah Mohamad Haron Othman berkata, terdapat lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan menerusi karnival itu dengan sebanyak 35 majikan telah mengesahkan penyertaan.

“Semua jawatan daripada operator pengeluaran sehingga jawatan eksekutif serta jurutera. Temu duga terbuka dijalankan pada sesi karnival ini berlangsung,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Haron berharap golongan belia tidak melepaskan peluang mengunjungi karnival itu di perkarangan Stadium Darul Aman  untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan tersebut dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.

Beliau berkata, penganjuran karnival sedemikian yang menawarkan peluang pekerjaan juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan pelaburan di Kedah. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button