Berita UtamaDunia

Lelaki dibaham singa ketika ceroboh Zoo Accra

Penjaga zoo tingkatkan keselamatan elak kejadian sama berulang

ACCRA, 3 Safar 1444H, Rabu – Tindakan seorang lelaki menceroboh dan mencuri seekor anak singa tidak kesampaian apabila dia pula dibaham binatang berkenaan di sebuah zoo di Ghana, kelmarin.

Menurut Suruhanjaya Perhutanan Ghana, pencerobohan dikesan pada 12 tengah hari, Ahad selepas seorang lelaki yang berusia 30-an berjaya memanjat zoo berkenaan.

Malangnya, ketika cuba mengambil anak singa dia pula diserang oleh ibu singa selepas dia melompat ke atas pagar keselamatan.

Mayat lelaki itu ditemukan oleh penjaga zoo di dalam kandang singa keesokan harinya.

“Lelaki berkenaan diserang dan dicederakan oleh salah seekor singa, dalam kandang,” kata pegawai dari Suruhanjaya Perhutanan, agensi negara yang bertanggungjawab ke atas hidupan liar di Ghana.

Sehingga kini kedua-dua singa betina dan dua ekor anaknya masih selamat dan kekal di dalam kandang di Zoo Accra.

Tetapi Suruhanjaya Perhutanan berkata, motif penceroboh itu masih belum dapat ditentukan.

Penjaga zoo kemudian berjaya memujuk singa, betina dan dua ekor anak mereka ke dalam kurungan bagi membolehkan pasukan polis mengambil mayat lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mereka kini sedang menyiasat kes itu untuk menentukan bagaimana lelaki itu masuk ke kawasan larangan.

Susulan kejadian, Suruhanjaya Perhutanan berkata, pegawai telah mengenal pasti dan memeriksa di semua kawasan zoo untuk memastikan semua kemudahan kekal selamat dan kejadian sama tidak berulang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button