Berita UtamaDunia

Rejim Zionis serbu majlis perkahwinan, tangkap pengantin tanpa alasan

Dikenakan tahanan di rumah selama lima hari

ARRABA, 3 Safar 1444H, Rabu – Tentera pengganas Zionis menyerbu sebuah majlis perkahwinan dan menahan pengantin perempuan untuk disoal siasat di bandar, Arraba, utara negara haram Israel.

Peguam pengantin, Shadi Thannah berkata, anak guamnya, yang tidak didedahkan namanya telah ditahan dan dibawa oleh rejim pengganas dalam keadaan masih menyarung gaun perkahwinan.

Peguam itu menambah tentera terlebih dahulu mengesyaki pengantin lelaki mempunyai perintah mahkamah yang menghalang dirinya berada di di majlis berkenaan.

Video penanahan pengantin berkenaan menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun selepas beberapa jam disoal siasat, pengantin perempuan akhirnya dibebaskan namun dikenakan tahanan di rumah selama lima hari berturut-turut.

Dalam masa sama tentera rejim Zionis juga menakutkan kanak-kanak dan wanita yang hadir ke majlis perkahwinan berkenaan.

Malah 150 pasukan tentera menyerbu kediaman pengantin bagi memastikan pengantin lelaki tiada di majlis.

Thannah berkata, pasukan tentera tersebut menggunakan gas pemedih mata ke arah tetamu menyebabkan mereka yang hadir berada dalam keadaan panik.

Kira-kira 20 peratus penduduk Palestin berada di negara haram tersebut.

Mereka secara rutin diserbu dan diganggu oleh rejim Zionis dan Adalah – kumpulan hak asasi manusia yang memperjuangkan hak minoriti Israel telah mendokumentasi lebih 65 peraturan diskriminasi terhadap penduduk Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button