Dunia

Israel serang lapangan terbang Aleppo

Serangan peluru berpandu sebabkan kerosakan fizikal pada kemudahan

DAMSYIK, 4 Safar 1444H, Khamis – Rejim pengganas Israel melancarkan serangan peluru berpandu menyasarkan lapangan terbang di bandar Aleppo, menurut agensi berita rasmi SANA.

Agensi kerajaan pada Rabu berkata, rejim Israel menyasarkan serangan ke atas lapangan terbang antarabangsa Aleppo sehingga menyebabkan beberapa kerosakan fizikal terhadap kemudahan itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kematian dilaporkan daripada serangan berkenaan.

Serangan Israel itu turut disahkan pemerhati hak asasi manusia Syria yang berpangkalan di United Kingdom (UK).

Katanya, empat peluru berpandu Israel telah menyasarkan landasan dan depoh di lapangan terbang – yang dipercayai mempunyai peluru berpandu dibekalkan oleh Iran.

Balai pemerhati tidak melaporkan sebarang kemalangan jiwa, tetapi serangan itu telah mencetuskan letupan dan kebakaran.

Menurut Al Jazeera, pihaknya tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan serangan itu, namun Israel telah melakukan ratusan serangan ke atas Syria sejak 2011.

Minggu lalu, SANA melaporkan dua orang awam cedera dalam siri serangan udara Israel di wilayah Hama barat dan Tartous.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button