Berita UtamaDunia

Pasukan Tenaga Atom teruskan misi elak kemalangan nuklear

Russia tawan loji nuklear terbesar milik Ukraine

ZAPORIZHZHIA, 4 Safar 1444H, Khamis – Pemeriksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di selatan Ukraine dalam misi ‘mengelakkan’ kemalangan nuklear di stesen jana kuasa yang ditawan Russia, sebelum ini.

Pasukan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tiba di bandar itu yang terletak kira-kira 55 kilometer daripada loji berkenaan.

Walaupun Russia mencadangkan pemeriksaan tersebut hanya mengambil masa seharian sahaja, namun IAEA berharap pemeriksaan mengambil masa agak panjang bagi memastikan keselamatan berada tahap memuaskan.

“Misi pertama ini adalah mengelakkan kemalangan nuklear,” kata Ketua Pasukan, Rafael Grossi.

Mac lalu, Russia menawan loji nuklear yang terbesar di Eropah dan sehingga kini pasukan tentera Russia masih kekal di kawasan sana.

Pada masa sama tenaga kerja Ukraine pula terus kekal bekerja keras untuk meneruskan operasi di loji berkenaan yang membekalkan 20 peratus tenaga elektrik di Ukraine. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button