Uncategorized

Pelarian Afghanistan ditembak ketika lintas sempadan: Amnesty

Pasukan keselamatan Turki, Iran arah mereka pulang semula secara paksa

KABUL, 4 Safar 1444H, Khamis – Kumpulan Hak Asasi Manusia, Amnesty International berkata, pasukan keselamatan Turki dan Iran berulang kali melepaskan tembakan ke arah rakyat Afghanistan yang cuba melintasi sempadan negara itu bagi mencari keselamatan lebih sempurna.

Menerusi laporan terbaharu bertajuk ‘Mereka tidak melayan kami seperti manusia’, menyatakan pasukan keselamatan tersebut menembak secara rambang ke arah pelarian ketika mereka cuba memanjat tembok atau merangkak ke bawah pagar.

Laporan juga menyatakan, pelarian Afghanistan yang tidak berkemampuan dan tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan yang sah pula terdedah dengan polis sempadan yang menggunakan pelbagai ancaman kekerasan.

Malah bagi pelarian yang berjaya memasuki Iran dan Turki secara rutin pula akan ditahan dan berdepan penyeksaan.

Malah, 11 pembunuhan pelarian dilaporkan oleh pasukan keselamatan Iran, walaupun jumlah kematian sebenar mungkin lebih tinggi, kata Amnesty.

Setahun selepas berakhirnya pemindahan pengangkutan udara dari Afghanistan, ramai daripada mereka mempertaruhkan nyawa untuk meninggalkan tanah air sendiri dan berhijrah ke sempadan Iran dan Turki untuk mencari keselamatan, sebaliknya telah dipaksa pulang dan terpaksa berdepan pelbagai kesengsaraan.

“Kami mendokumentasikan bagaimana pasukan keselamatan Iran secara tidak sah membunuh dan mencederakan puluhan rakyat Afghanistan sejak Ogos tahun lalu, termasuk dengan menembak berulang kali ke dalam kereta yang penuh sesak,” kata Marie Forestier, penyelidik mengenai hak pelarian dan pendatang.

Sejak tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Afghanistan Ogos 2021, ribuan rakyat Afghanistan melarikan diri selepas Taliban mengambil alih pentadbiran negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button