Berita UtamaDunia

AS gesa China bertanggungjawab genosid etnik Uyghur

Laporan PBB perinci rentetan pencabulan hak penyeksaan dan buruh paksa

WASHINGTON, 5 Safar 1444H, Jumaat – Laporan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – yang telah lama ditunggu-tunggu – mengesahkan pandangan Amerika Syarikat (AS) bahawa China melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’ terhadap Uyghur dan menggesa Beijing bertanggungjawab.

Setiausaha Negara, Antony Blinken pada Khamis berkata, AS ‘mengalu-alukan’ laporan ‘penting’ – dikeluarkan beberapa minit sebelum Ketua Majlis Hak Asasi PBB, Michelle Bachelet – yang dikritik hebat oleh Washington kerana lawatan ke China baru-baru ini – meninggalkan pejabat.

“Laporan ini memperdalam dan mengesahkan kebimbangan besar kami mengenai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kerajaan PRC terhadap Uyghur,” katanya dalam satu kenyataan, merujuk kepada Republik Rakyat China (PRC).

“Kami akan terus meminta PRC untuk mengambil kira dan menyeru PRC untuk membebaskan mereka yang ditahan secara tidak adil, mempertanggungjawabkan mereka yang hilang dan membenarkan penyiasat bebas akses penuh serta tanpa halangan ke Xinjiang, Tibet dan merentasi PRC,” katanya.

Laporan penting PBB itu memperincikan rentetan pencabulan hak termasuk penyeksaan dan buruh paksa terhadap Uyghur dan minoriti lain yang kebanyakannya Islam, menimbulkan kemarahan Beijing.

Laporan itu berkata, China mungkin melakukan ‘jenayah terhadap kemanusiaan’ tetapi tidak lagi memanggil layanannya terhadap Uyghur sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’. – Agensi

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/09/01/diskriminasi-kejam-china-terhadap-uyghur-jenayah-kemanusiaan/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button