Berita UtamaDunia

Israel benarkan polis geledah rumah Palestin tanpa waran

Pejuang hak asasi dakwa undang-undang bahaya beri kuasa penuh rejim

TEL AVIV, 8 Ramadan 1444H, Khamis – Parlimen Israel, Knesset meluluskan undang-undang sementara yang membenarkan pegawai polis menggeledah rumah penduduk Palestin yang memiliki senajata haram tanpa memerlukan waran.

Menurut laporan Haaretz, undang-undang sementara itu akan berkuat kuasa selama satu tahun.  

Akta itu dikemukakan MK daripada parti gabungan dan pembangkang, termasuk kesemua enam ahli daripada pembangkang Yisrael Beiteinu.

Undang-undang membenarkan polis pendudukan memasuki dan menggeledah bangunan tanpa perintah mahkamah, walaupun sebelum ini memerlukan kebenaran pegawai berpangkat penguasa.

Ini akan didokumentasikan mengikut prosedur standard polis.

Ia juga menetapkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda bagi mereka yang ditangkap memiliki senjata haram atau bahagian penting senjata.  

Sesiapa yang didapati bersalah ‘mengeluarkan, mengimport atau mengeksport senjata haram’ juga akan dirampas senjata.

Langkah itu sama seperti undang-undang yang dicadangkan pada 2021 oleh bekas Menteri Kehakiman Israel, Gideon Sa’ar yang hanya meluluskan undian Knesset pertama.

Penyokong hak asasi manusia telah mengkritik undang-undang baru itu, memberi amaran bahawa ia boleh ‘memudaratkan masyarakat Arab.’

Begitu juga, Senarai Bersama – sebuah pakatan parti politik majoriti Arab di Israel – menyifatkan undang-undang itu sebagai ‘berbahaya,’ sambil menambah bahawa ia ‘memberi kuasa penuh polis dan tentera Israel untuk menyerbu masuk ke dalam rumah tanpa waran mahkamah.’

Warganegara Arab Israel membentuk 20 peratus daripada penduduk di negara itu.  Mereka percaya bahawa pihak berkuasa sengaja mengabaikan peningkatan kadar jenayah dalam komuniti mereka. 

Malah, pemimpin masyarakat Arab di Israel mendakwa polis bertanggungjawab terhadap penyebaran jenayah dalam masyarakat termasuk membutakan mata terhadap aduan penduduk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button