Dunia

Pengganas Israel tembak mati pemuda Palestin

Mangsa dibiar tanpa bantuan kecemasan sebelum meninggal dunia

RAMALLAH, 6 Safar 1444H, Sabtu – Seorang pemuda Palestin maut ditembak oleh askar pendudukan Israel di persimpangan Beit Einoun, utara Hebron di selatan Tebing Barat yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan.

Dalam kejadian pada Jumaat, tentera melepaskan tembakan ke arah pemuda itu – yang identitinya belum dikenal pasti – menyebabkan mangsa cedera parah.

Pemuda berkenaan dibiarkan tanpa sebarang bantuan kecemasan dan paramedik turut dihalang membantu.

Menurut saksi dan sumber tempatan, mangsa dibiarkan selama beberapa minit di tanah sehingga dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan itu.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan askar Israel melepaskan tembakan ke arah lelaki itu yang sudah tidak berdaya di atas tanah.

Sejurus selepas insiden itu, pertempuran meletus antara tentera Israel dengan penunjuk perasaan Palestin di persimpangan berkenaan, sehingga menyebabkan beberapa cedera akibat gas pemedih mata. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button