Berita Utama

PH minta rakyat beri peluang kedua perintah negara

Dakwa berjaya hentikan skandal kewangan babit pendidikan di Sarawak

BANGI, 6 Safar 1444H, Sabtu – Pakatan Harapan (PH) meminta rakyat memberikan peluang kedua untuk memerintah semula negara, kononnya bagi membolehkan proses mereformasi sistem pendidikan diteruskan.

Jawatankuasa Pendidikan PH (JKPPH) mendakwa, gabungan itu telah berjaya mendedahkan skandal kewangan membabitkan infrastruktur pendidikan di Sarawak sehingga ke muka pengadilan selepas mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

JKPPH mendakwa, bahawa PH berjaya menghentikan skandal kewangan membabitkan pendidikan masa depan anak-anak di bangsa di Sarawak apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati mereka bersalah dan dijatuhi hukuman.

Jawatankuasa itu mendakwa, terdapat banyak lagi ketirisan dan penyelewengan sedang diperbetulkan PH membabitkan pendidikan negara, namun malangnya gabungan itu dijatuhkan dalam Langkah Sheraton.

“JKPPH merasa kesal dengan skandal yang berlaku dan menganggap ia sebagai sebuah pengkhianatan kepada negara apabila pendidikan negara dimanipulasikan demi keuntungan peribadi.

“Oleh itu, JKPPH menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan peluang sekali lagi kepada PH memerintah negara bagi membolehkan proses mereformasikan sistem pendidikan dapat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan bersama membabitkan lapan anggota JKPPH, hari ini.

Anggota JKPPH terdiri daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam (PKR), Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Tampin (PAN), Datuk Dr Hasan Bahrom; Ahli Parlimen Kulai (DAP), Teo Nie Ching; Ahli Parlimen Setiawangsa (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam (DAP), Steven Sim Chee Keong.

Selain itu, Ahli Parlimeh Sekijang (PKR), Natrag Ismail; Ahli Parlimen Batu Gajah (DAP), Sivakumar Varatharaju Naidu dan Ahli Parlimen Tangga Batu (PKR), Rusnah Aluai.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button