Berita Utama

‘Saya terima peletakan jawatan Azalina’: PM

Notis sebulan diberi supaya dapat selesai kerja berkaitan kakitangannya

KUALA LUMPUR, 6 Safar 1444H, Sabtu – Surat peletakan jawatan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia) telah diterima.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan peletakan jawatan Azalina.

“Saya rasa ia telah dilaporkan oleh setiap media. Dia telah mengemukakan surat peletakan jawatannya dan saya menerima peletakan jawatannya. Itu sahaja,” kata Ismail Sabri ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan (AGM) ketujuh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), hari ini.

Pada 31 Ogos, Pejabat Perdana Menteri berkata, Azalina telah menyerahkan surat bertarikh 29 Ogos untuk meletakkan jawatannya sebagai penasihat khas dan Perdana Menteri telah menerima peletakan jawatannya dengan notis sebulan.

Pejabat itu memaklumkan sepanjang tempoh notis sebulan, Azalina tidak lagi berkhidmat di pejabat itu.

“Notis sebulan diberikan supaya dapat menyelesaikan kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Ismail Sabri mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button