Dunia

UK kesan strain baharu wabak cacar monyet

Tiada kes lain dikenal pasti, pengesahan kontak dijalankan

LONDON, 6 Safar 1444H, Sabtu – Pegawai kesihatan British telah mengesahkan wabak cacar monyet jenis baharu yang ditemukan di United Kingdom (UK).

Agensi Keselamatan dan Kesihatan UK berkata, seorang pengembara ke Afrika Barat baru-baru ini telah didiagnosis dengan strain cacar monyet berbeza daripada yang menular di negara itu.

Kes yang tidak dinamakan itu kini berada di unit Penyakit Berjangkit Tahap Tinggi di Hospital Universiti Diraja Liverpool.

Agensi kesihatan Britain berkata, bahawa tiada kes lain telah dikenal pasti setakat Khamis, dan pengesahan kontak sedang dijalankan.

Pengarah Agensi Keselamatan Kesihatan UK, Sophia Maki berkata, pihaknya sedang berusaha menghubungi individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kes sebelum pengesahan jangkitan untuk menyaring mereka jika perlu.

Maki turut menjamin bahawa risiko penularan kepada orang ramai sangat rendah disebabkan oleh prosedur kawalan jangkitan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button