Berita Utama

Garis panduan kelulusan konsert disemak semula

Tak kompromi sekiranya konsert beri kesan negatif

BANGI, 7 Safar 1444H, Ahad – Garis panduan berhubung kelulusan konsert hiburan yang akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur akan diteliti dan disemak semula.

Menteri Wilayah Persekutuan (KWP), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semakan baharu perlu dibuat terhadap ketetapan yang diguna pakai Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertanggungjawab memberikan kelulusan bagi setiap permohonan permit mengadakan konsert.

“Semakan ini penting bagi memastikan setiap konsert hiburan tidak melampaui batasan sehingga memberi pengaruh tidak sihat terutama membabitkan golongan belia di negara ini.

“Ada yang membuat aduan mengenai beberapa konsert yang dibawa itu tidak menepati kehendak pembangunan insan semasa. Kita boleh berhibur tetapi dalam masa yang sama kita mahu ada kesan yang positif.

“Jadi, kementerian (KWP) sebenarnya kami hanya menyediakan premis, jawatankuasa penapis yang beri kelulusan,” katanya seperti dipetik Harian Metro, hari ini.

Shahidan menjelaskan semakan tersebut akan turut membabitkan kelulusan permit konsert yang sudah dikeluarkan DBKL.

Bagaimanapun beliau menjelaskan KWP tidak akan berkompromi walaupun membabitkan artis terkenal sekiranya konsert yang ingin dianjurkan itu mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat terutama belia.

Malah, sebarang keputusan untuk penambahbaikan terhadap garis panduan itu belum diputuskan ketika ini dan hanya akan ditentukan sebaik menelitinya secara terperinci.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button