Berita UtamaDunia

Tahanan wanita Palestin kritikal, penjara Israel sengaja biar tanpa rawatan

Dian berulang kali mohon ke hospital tapi tak diendahkan

RAMALLAH, 7 Safar 1444H, Ahad – Tahanan wanita Palestin dikejarkan ke hospital hari ini berikutan keadaan kesihatan yang merosot akibat kecuaian pihak penjara negara haram Israel terhadapnya.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata, Dina Jaradar terpaksa dipindahkan dari Penjara Damon berhampiran Haifa ke Pusat Kesihatan Ramban kerana kesihatannya yang memerlukan penyingkiran cecair di bahagian otak.

Situasinya semakin kritikal disebabkan pihak penjara tidak menyediakan rawatan kepada Dina sepanjang 15 hari disoal siasat di Pusat Soal siasat Al-Jalama pada bulan lalu, walaupun berulang kali memohon rawatan berkenaan.

Dian yang merupakan mahasiswa Universiti Al-Quds dan penduduk di Jenin,Tebing Barat ditahan oleh tentera rejim Zionis dalam serbuan di kediaman keluarganya pada 7 Ogos lalu.

Daripada 4,500 pejuang kemerdekaan Palestin yang dipenjarakan kira-kira 32 daripadanya adalah wanita dan kesemua mereka kini diletak di Penjara Damon, kata PPS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button