Berita Utama

Kejatuhan PH mukadimah kebangkitan ummah

Anak muda perlu main peranan selamatkan negara

BANGI, 7 Safar 1444H, Ahad – Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) – hanya bertahan 22 bulan – adalah mukadimah kebangkitan ummah yang perlu disambung generasi muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Atas dasar itu, anak muda generasi sekarang perlu memainkan peranan bagi menyelamatkan diri, negara dan umat manusia dengan Islam.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, anak muda perlu sedar dan insaf untuk kembalikan kepada cahaya iaitu petunjuk Allah dengan mengemukakan tawaran Islam sebagai penyelesaian dan penyelamat.

“Langkah pertama dimulakan dengan menjatuhkan kerajaan PH dan sebelum itu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) kerana pelbagai kelemahan dan masalah yang berlaku,” katanya seperti dipetik harakhadaily.net, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, situasi berkenaan mendorong generasi muda untuk terus bangkit berjuang selain memainkan peranan demi menegakkan Islam.

“Ini peranan yang perlu dimainkan generasi muda. Justeru, anak muda perlu bangkit dan berjuang tegakkan Islam, tegakkan ekonomi, bangsa dan umat. Hanya Islam jadi penyelamat,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button