Berita Utama

Rakyat tak sanggup lagi, anggap zaman PH memerintah sejarah hitam

‘Kepentingan berkait Islam, Bumiputera tergadai jika DAP tadbir’

BANGI, 7 Safar 1444H, Ahad – Rata-rata netizen meluahkan rasa serik dan menolak sekiranya Pakatan Harapan (PH) mahu memerintah negara buat kali kedua selepas Pilihan Raya Umum-15 (PRU15).

Jelak dengan janji palsu, kebanyakan mereka enggan melalui sekali lagi episod hitam dalam sejarah negara yang menyaksikan kedaulatan dan kehormatan negara tercemar. 

Tambahan lagi, rakyat merasakan isu membabitkan Melayu dan Islam sangat diremehkan ketika pemerintahan pakatan tersebut.

“Sudah sudahlah. Pengalaman pahit itu jangan dibiar berulang. Rakyat Malaysia ada banyak pilihan. Yang dah tak relevan lagi boleh tolak tepi,” kata salah seorang pengguna Facebook, Ahmad Saidi Hamzah.

Suzaini pula tidak mahu PH memenangi PRU15 kerana kesal dengan fenomena perbuatan tidak menghormati agama Islam dan Melayu yang berlaku sepanjang 22 bulan dahulu. 

“Sila kalah sebab biadab tak hormat langsung bangsa Melayu dan agama Islam masa berkuasa. Perlekehkan bahasa kebangsaan… mana mungkin kami percaya,” katanya.

Manakala, seorang lagi pengguna Facebook, Mahmud June turut meluahkan kekesalannya dengan berkongsi pandangan yang sama.

“Jangan harap! Penipu besar dalam sejarah pemerintahan Malaysia. 

“Kepentingan-kepentingan berkait agama Islam dan Bumiputera akan tergadai selagi DAP dan PKR memerintah kembali. Rakyat sudah serik,” katanya.

Sementara itu, Azman Md Noor menyindir kenyataan bekas pemimpin PH yang seakan-akan mengelak daripada menunaikan janji apabila mengatakan manifesto Harapan bukan ‘kitab suci’ yang wajib dipatuhi dalam pelantikan speaker Dewan Rakyat.

“Minta maaf lah, bila dah berkuasa… manifesto bukan kitab suci. Jangan masuk lubang biawak kali kedua,” katanya.

Faiz Juha pula mengingatkan kes kematian arwah bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang belum mendapat keadilan sewajarnya dalam bentuk pantun.

“Isu arwah Adib tak mampu selesai lagi,

Kisah ini kami ingat sampai mati,

Tak nak pisang berbuah dua kali,

Cukup pengajaran ini buat kami,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button