Berita Utama

BERJASA akan terus beri sumbang saran, kritikan pada kerajaan baharu

Anwar perlu pastikan survival Melayu, Islam dan Bumiputera terjamin

BANGI, 30 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Parti BERJASA menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan dan kebijaksanaan menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara.

Pada kesempatan sama, BERJASA juga mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Selamat bekerja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 semalam. 

“Parti BERJASA dan seluruh rakyat berharap agar lantikan ini dapat memberi fokus kepada agenda rakyat dan nasional.

“…. khususnya dalam memastikan survival Melayu Islam dan Bumiputera tetap terjamin sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada masa sama, BERJASA juga akan terus memainkan peranan dalam memberi sumbang saran dan kritikan kepada kerajaan baharu yang diketuai Anwar demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BERJASA menyertai Gerakan Tanah Air (GTA) bersama Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan diketuai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button