Dunia

Israel ancam tutup sekolah Palestin di Ramallah

Pernah serbu, serang guru dan tahan dua pelajar di bilik darjah

RAMALLAH, 8 Safar 1444H, Isnin – Tentera pengganas Israel mengancam untuk menutup sebuah sekolah di kampung Deir Nidham di barat laut Ramallah kerana mendakwa pelajar membaling batu ke arah mereka.

Pengetua sekolah, Badr Shreitah berkata, tentera mengepung sekolah menengah Deir Nidham dan mengancam untuk menutupnya selama sebulan jika pelajar terus membaling batu.

Tentera Israel menyerbu sekolah itu pada awal sesi persekolahan bulan ini dan menahan dua pelajar dari bilik darjah sambil menyerang guru.

Pengganas Israel sebelum ini melakukan pelbagai serangan dengan menggunakan kekerasan yang disengajakan terhadap sekolah dan kemudahan pendidikan di seluruh Tebing Barat.

Tindakan itu disifatkan sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan hak pelajar untuk mendapatkan pendidikan dalam persekitaran yang selamat.

Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa PBB (UNICEF) berkata, instrumen hak asasi manusia adalah jelas kerana bukan sahaja mengenai isu pendidikan tetapi juga perlindungan kanak-kanak yang terjejas konflik.

“Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak terpakai kepada semua kanak-kanak tanpa diskriminasi.

“Ia mengesahkan hak setiap kanak-kanak untuk hidup, menegaskan perlindungan semua kanak-kanak daripada segala bentuk keganasan dan menjelaskan hak untuk pendidikan,” kata UNICEF. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button