Berita UtamaDunia

Lapan maut gempa bumi di Afghanistan

Pegawai kerajaan dakwa jumlah korban dijangka meningkat

KABUL, 8 Safar 1444H, Isnin – Sekurang-kurangnya lapan orang maut dalam gempa bumi di timur Afghanistan pada Ahad.

Agensi berita negara itu memetik seorang pegawai sebagai berkata, jumlah korban dijangka meningkat.

“Gempa bumi malam Ahad telah menyebabkan kehilangan kewangan dan nyawa di wilayah Kunar,” kata Pengarah Penerangan dan Kebudayaan Kunar serta Jurucakap Gabenor, Mawlavi Najibullah Hanif.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan, gempa bumi berukuran 5.3 magnitud berhampiran bandar Jalalabad di timur Afghanistan pada awal pagi Isnin.

Afghanistan masih dilanda gempa bumi kuat yang mengorbankan lebih 1,000 orang dan memusnahkan kampung di timur Afghanistan pada Jun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button