Berita Utama

Perlu kerjasama politik, jika tidak sukar bentuk kerajaan solid

Pemimpin parti perlu bijak buat keputusan dan rasional

BANGI, 8 Safar 1444H, Isnin – Tidak mustahil pertembungan tiga penjuru akan berlaku sekiranya parti komponen PN, PH dan BN tidak membuat apa-apa kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keadaan itu mungkin menyukarkan kerjasama politik bagi membentuk ‘kerajaan solid’ atau majoriti dua pertiga.

Bagi Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Mohd Iskandar Ibrahim, parti bakal bertanding mungkin tiada pilihan lain, kecuali duduk berbincang untuk menjalinkan kerjasama politik.

Matlamat yang sama, demi meraih kemenangan dua pertiga lalu menubuhkan kerajaan, katanya.

“Melihat implikasi perkara ini, kerjasama politik yang dibentuk selepas PRU mungkin akan mewujudkan kerajaan campuran semula seperti yang berlaku ketika ini.

“Ia sekali gus menyulitkan proses pentadbiran kerajaan kerana kecelaruan dasar perjuangan antara parti,” katanya seperti dipetik dalam ruangan rencana di Berita Harian.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpin parti perlu bijak membuat keputusan dan rasional mengambil manfaat diperoleh menerusi kerjasama politik.

Katanya, pemimpin politik perlu belajar daripada pengalaman sebelum ini.

“Apa yang penting, keputusan dibuat perlu terarah kepada memberi impak terbaik kepada pengundi dan negara, terutama menjamin kestabilan politik dan pembangunan,” katanya.

Pautan artikel;
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2022/09/996439/bijak-pilih-kawan-bantu-parti-menang-majoriti-pru-15

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button