Berita UtamaDunia

Turki jangka kadar inflasi 65 peratus akhir tahun

Kenaikan harga global penyebab sasaran model Erdogan sukar dicapai

ISTANBUL, 8 Safar 1444H, Isnin – Turki menjangkakan inflasi berkurangan kepada 65 peratus menjelang akhir tahun daripada hampir 80 peratus pada Julai.

Model ekonomi baharu Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengutamakan pertumbuhan, eksport, pekerjaan dan pelaburan sambil berusaha untuk mengurangkan kadar faedah.

Kitaran pelonggaran bank pusat tahun lepas menyebabkan lira merosot 44 peratus berbanding dolar menjelang akhir Disember bahkan ia turun lebih 27 peratus lagi setakat tahun ini.

Lira yang semakin lemah dan kenaikan harga tenaga dan komoditi global telah membawa kepada lonjakan inflasi – yang mencecah hampir 80 peratus pada Julai dijangka meningkat lagi sebelum berkurangan.

Menurut program jangka sederhana atau OVP, Ankara meramalkan inflasi menurun kepada 65 peratus menjelang akhir 2022, dan jatuh mendadak kepada 24.9 peratus pada akhir 2023.

Model Erdogan bertujuan untuk menukar defisit akaun semasa kronik Turki kepada lebihan.

Bagaimanapun, kenaikan harga global menyebabkan sasaran itu sukar dicapai.

Defisit perdagangan untuk 2022 dilihat pada AS$105 bilion, lebih daripada dua kali gandla jumlah tahun lepas.

Ia dilihat mengecil kepada AS$80 bilion pada 2023.

Defisit akaun semasa dijangka berjumlah AS$47.3 bilion pada 2022, lebih daripada tiga kali ganda paras pada 2021 dan akan menjadi defisit tahunan tertinggi sejak 2013 dan ia dilihat mengecil kepada AS$22 bilion pada 2023.

Defisit belanjawan dilihat lebih tinggi secara mendadak pada 461.2 bilion lira (AS$25.4 bilion) pada 2022 walaupun terdapat bajet tambahan tahun ini.

Ia dilihat meluas kepada 659.4 bilion lira pada 2023.

Tidak termasuk pendapatan dan aliran keluar disebabkan faedah serta beberapa faktor lain, defisit dilihat pada 294.3 bilion lira pada 2022 dan 323.6 bilion lira pada 2023. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button