Berita UtamaDunia

Dua gempa bumi gegar Afghanistan

Gempa di Kunar korbankan 6 nyawa

KABUL, 9 Safar 1444H, Selasa – Dua gempa bumi menggegarkan Afghanistan pada Selasa dengan satu daripadanya mengorbankan kira-kira enam orang di timur laut negara berkenaan.

Jurucakap Kementerian Bencana, Mohammad Nassim Haqqani mengesahkan, gegaran awal pagi di wilayah Kunar timur laut itu turut mencederakan sembilan orang.

Kajian Geologi Amerika Syarikat merekodkan gempa bumi bermagnitud 4.3 di kawasan itu.

Juga pada pagi Selasa, agensi pemantau seismik Eropah merekodkan satu lagi gempa bumi bermagnitud 4.8, jauh ke utara.

Haqqani berkata, belum ada maklumat mengenai kematian atau kerosakan di utara Badakhshan dan kawasan itu berkemungkinan terjejas akibat gempa kedua.

Afghanistan dilanda bencana alam tahun ini, termasuk kemarau dan gempa bumi yang mengorbankan lebih 1,000 orang pada Jun di timur negara itu. – Agensi

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/09/05/lapan-maut-gempa-bumi-di-afghanistan/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button