Berita UtamaDunia

Kejam! Tentera Zionis tembak mati pemuda Palestin

16 cedera akibat tembakan peluru hidup dan dimasukkan ke hospital

RAMALLAH, 9 Safar 1444H, Selasa – Seorang rakyat Palestin terbunuh manakala 16 yang lain cedera ketika serbuan tentera Israel di Jenin, Tebing Barat diduduki pada Selasa.

Mohammad Musa Saba’na, 29, ditembak mati oleh tentera rejim Zionis ketika serbuan secara besar-besaran ke bandar berkenaan.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, 16 orang cedera akibat tembakan peluru hidup dan telah dimasukkan ke hospital.

Tentera negara haram Israel dalam satu kenyataan mendakwa, pihaknya memasuki Jenin untuk merobohkan kediaman pelaku serangan tembakan di Tel Aviv pada April.

Tentera mengepung dan memaksa penduduk keluar sebelum meneruskan untuk meroboh serta meletupkan apartment milik keluarga Raad Hazem.

Pertempuran berlaku antara pemuda Palestin dan tentera Israel ketika serbuan itu, yang mengakibatkan pembunuhan Saba’na serta kecederaan 16 yang lain dengan peluru hidup sementara seorang dilaporkan kritikal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button