Berita Utama

Rekod buruk PH bukan lagi rahsia malah dikongsi seluruh rakyat: Presiden ISMA

'Keupayaan mentadbir dengan lebih baik ternyata tidak ada pada PH'

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 9 Safar 1444H, Selasa – Pakatan Harapan (PH) sepatutnya berasa malu apabila merayu kepada rakyat memberikan mereka peluang kedua mentadbir negara.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, rekod buruk pentadbiran PH bukanlah lagi satu rahsia bahkan ia dikongsi seluruh lapisan rakyat.

“Satu-satunya modal kempen PH hanyalah kelemahan yang ada pada parti-parti pemerintah sebelum itu sahaja.

“Sedangkan keupayaan untuk mentadbir dengan lebih baik ternyata tidak ada pada PH,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jawatankuasa Pendidikan PH (JKPPH) yang meminta rakyat memberikan peluang kedua untuk memerintah negara kononnya bagi membolehkan proses mereformasi sistem pendidikan diteruskan.

Malah, JKPPH mendakwa, gabungan itu berjaya mendedahkan skandal kewangan membabitkan infrastruktur pendidikan di Sarawak sehingga ke muka pengadilan selepas mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Ustaz Muhammad Fauzi menegaskan, peluang PH memerintah buat kali kedua amat tipis berikutan sejarah hitam yang dipamerkan sepanjang 22 bulan menjadi pemerintah.

Walaupun begitu, beliau menjelaskan perkara berkenaan tidak mustahil boleh dijadikan modal dalam kempen jika parti pemerintah tidak membuktikan kemampuannya.

“Sekiranya parti pemerintah sedia ada sekarang tidak membuktikan kemampuannya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka, tidak mustahil keadaan itu akan dijadikan modal besar dalam kempen PH,” tegasnya.

JKPPH yang diketuai Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan beberapa anggota lain mendakwa, terdapat banyak lagi ketirisan dan penyelewengan diperbetulkan PH sebelum ini membabitkan pendidikan negara.

Pautan terdahulu:

Peluang kedua: PH umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button