Berita UtamaDunia

Tentera Myanmar lancar serangan udara di sempadan Bangladesh

Serangan berterusan selepas AA bunuh 19 tentera Myanmar

RAKHINE, 9 Safar 1444H, Selasa – Tentera Myanmar melancarkan serangan udara ke atas Tentera Arakan (AA) di bandar Maungdaw, utara Rakhine, menurut sumber tempatan.

Penduduk di sekitar sempadan Myanmar-Bangladesh berkata, serangan itu berterusan sejak Sabtu lagi selepas AA merampas kawalan dan membunuh 19 tentera Myanmar serta menahan seorang yang cedera dalam serbuan berkenaan.

“Mereka melepaskan tembakan menggunakan helikopter dan datang sebanyak dua kali dengan melepaskan tembakan tanpa henti,” kata penduduk tempatan kepada Myanmar Now.

Katanya, serangan turut berterusan di beberapa perkampungan dan berhampiran kampung Thingbaw Hla serta Mee Taik yang terletak berhampiran Bukit Waila.

“Serangan udara ini sangat dahsyat dan berterusan sepanjang hari sejak Sabtu lalu.

“Saya melihat jet pejuang berada di sini dan menuju ke utara Maungdaw sekitar 5 petang,” kata seorang saksi.

Jumaat lalu, media melaporkan tentera sedang berusaha untuk merampas semula pangkalan selepas ditawan oleh AA dua hari sebelumnya.

Sementara itu, Bangladesh News meletakkan pihak berkuasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Malah, Cox News melaporkan, serangan udara turut dapat dilihat di sempadan Bangladesh.

Agensi berita Andalou pula berkata, Menteri Luar Bangladesh memanggil Duta Myanmar, Aung Kyaw Moe untuk kali ketiga sejak minggu lalu bagi membantah pencerobohan udara dan serangan di wilayah Bangladesh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button