Berita Utama

Video tular lombong runtuh tidak libat kemalangan jiwa: Polis

Pemeriksaan mendapati jentera pengorek tertimbus di bawah runtuhan

SHAH ALAM, 9 Safar 1444H, Selasa – Satu rakaman video tular di media sosial yang memaparkan insiden tanah runtuh di sebuah kawasan lombong bijih besi di Labohan Dagang, Banting tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pemeriksaan pihaknya mendapati satu jentera mesin pengorek telah tertimbus di bawah runtuhan tanah dan pemandunya, yang merupakan warga asing, sempat menyelamatkan diri.

“Semasa tiba di lokasi, (polis) berjumpa dengan seorang pekerja (yang) mengatakan kejadian tersebut berlaku (pada) kira-kira 1 tengah hari.

“Dalam kejadian ini, tiada kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan dilaporkan,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata usaha mengeluarkan mesin pengorek itu sedang giat dijalankan dan syarikat pelombongan terbabit akan membuat laporan berhubung insiden tersebut esok. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button