Berita Utama

PRN tak jejas pelajar universiti

'Pada hari mengundi mahasiswa tengah cuti dan dah ada di kampung'

BANGI, 2 Muharam 1445H, Khamis – Pelaksanaan pengundian di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan tidak menjejaskan pelajar universiti di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya mendapati kebanyakan mahasiswa telah selesai menjalani peperiksaan dan berada di kampung pada tarikh tersebut.

“Setakat ini, hanya dua universiti didapati masih dalam tempoh peperiksaan, namun tidak terjejas kerana tiada kelas dan peperiksaan pada hari berkenaan.

“Sekarang pelajar sedang menjalani peperiksaan. Pada hari mengundi kebanyakan universiti dah habis peperiksaan, memang tengah cuti dan pelajar dah ada di kampung masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled tidak mendedahkan dua universiti yang masih berada dalam tempoh peperiksaan pada tarikh mengundi PRN itu.

“PRN hanya melibatkan enam negeri, jadi ramai pelajar beri pandangan peperiksaan sewajarnya diteruskan, jadi memang tak ada cuti (untuk pulang mengundi),” kataanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di keenam-enam negeri dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button