Dunia

India lulus vaksin hidung pertamanya untuk COVID-19

Sebagai dos utama untuk individu belum, tak lengkap vaksinasi

NEW DELHI, 10 Safar 1444H, Rabu – India meluluskan vaksin COVID-19 keluaran tempatan yang diberikan melalui hidung untuk kegunaan kecemasan, sebagai rangsangan kepada industri farmaseutikal negara itu.

Vaksin baharu itu dibangunkan oleh Bharat Biotech setelah mendapat ‘lampu hijau’ dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada November lalu.

Pengawal selia ubatan India memberikan kebenaran terhadap vaksin baharu itu pada Selasa, iaitu sebagai dos utama terhadap mana-mana individu dewasa yang belum divaksin atau tidak lengkap imunisasi.

Bagaimanapun, vaksin itu bukan sebagai dos penggalak untuk mereka yang lengkap vaksinasi.

“Langkah ini akan mengukuhkan lagi perjuangan kolektif kita melawan wabak,” kata Menteri Kesihatan India, Mansukh Mandaviya di Twitter.

Bulan lalu, Bhara Biotech dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya berjaya menjalankan dua ujian keberkesanan vaksin itu.

Namun, data daripada percubaan masih belum diberikan secara meluas, bahkan tidak jelas bila vaksin itu akan dikeluarkan untuk kegunaan awam.

Pengumuman India itu dibuat dua hari selepas China juga melancarkan vaksin COVID-19 boleh sedut pertama di dunia – Convidecia Air – dengan pemberian melalui nebulizer. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button