Dunia

Israel serang lagi lapangan terbang Aleppo

Serangan peluru berpandu rosakkan landasan, jejas perkhidmatan

BANGI, 10 Safar 1444H, Rabu – Pengganas Israel sekali lagi melancarkan serangan udara ke atas Lapangan Terbang Aleppo, Syria sehingga menyebabkan kerosakan pada landasan dan menjejaskan perkhidmatan.

Menurut media kerajaan Syria, serangan peluru berpandu itu dilancarkan dari Laut Mediterranean bandar pantai Latakia, pada 8.16 malam Selasa.

Pertahanan udara Syria memintas peluru berpandu rejim Zionis dan menembak jatuh beberapa serangan lain, lapor agensi berita SANA.

Ini adalah serangan kedua yang dilaporkan dalam tempoh kurang seminggu.

Pada 31 Ogos, Israel melancarkan roket ke lapangan terbang sama yang mengakibatkan berlaku kerosakan fizikal.

Rejim Zionis memperhebatkan serangan ke atas lapangan terbang Syria untuk mengganggu peningkatan penggunaan talian bekalan udara oleh Tehran bagi menghantar senjata kepada sekutu di negara itu, termasuk Lubnan dan Hizbullah.

Tehran menggunakan pengangkutan udara sebagai cara yang lebih dipercayai untuk mengangkut peralatan ketenteraannya kepada pasukan dan pejuang bersekutu di Syria berikutan gangguan pada pemindahan darat.

Serangan minggu lalu merosakkan Lapangan Terbang Aleppo sejurus sebelum ketibaan pesawat dari Iran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button