Berita UtamaDunia

Lebih 700 kanak-kanak dilapor meninggal dunia akibat kurang zat di Somalia

Kemarau teruk dijangka berlaku akibatkan lebih ramai kebuluran: UNICEF

GENEVA, 10 Safar 1444H, Rabu – Ratusan kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di seluruh Somalia, kata Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas badan berkenaan memberi amaran sebahagian negara tersebut akan dilanda kebuluran dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Pegawai UNICEF berkata, penduduk Somalia yang berdepan kelaparan terpaksa berjalan jauh kerana melarikan diri daripada keganasan dilakukan militan Al-Shabaab.

Lebih menyedihkan apabila sebahagian daripada mereka meninggal dunia dalam perjalanan itu.

Afrika kini berdepan musim kemarau sekali gus mengakibatkan kebuluran hingga meragut nyawa satu pertiga penduduk dan kebanyakan terdiri daripada kanak-kanak.

“Kira-kira 730 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di pusat makanan dan pemakanan di seluruh negara antara Januari hingga Julai tahun ini tetapi jumlahnya mungkin lebih ramai kerana ramai lagi yang tidak dilaporkan,” kata wakil UNICEF Somalia, Wafaa Saeed ketika memberi taklimat di Geneva, semalam.

Pusat-pusat berkenaan adalah untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan yang serius serta penyakit berkaitan seperti campak, taun atau Malaria di seluruh negara.

Wafaa menambah, sebahagian penduduk Somalia dijangka mengalami kebuluran antara Oktober hingga Disember apabila kemarau bertambah buruk selain lonjakan harga makanan global.

Sementara itu, Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan melahirkan kebimbangan dengan unjuran yang menakutkan ini dan skala keperluan ketara di seluruh negara dan rantau tersebut.

Sullivan menggesa bantuan tambahan untuk Somalia daripada masyarakat antarabangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button