Berita UtamaDunia

Israel gugurkan lebih 50,000 tan bahan letupan di Gaza

Jumlah syahid di Gaza kini 16,248 termasuk 7,112 kanak-kanak

GAZA, 22 Jamadilawal 1445H, Rabu – Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan jahat Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 16,248 orang.

Pejabat media Hamas di pada Selasa berkata, mangsa termasuk 7,112 kanak-kanak dan 4,885 wanita.

“Manakala lebih 43,616 lagi cedera.

“Ketika pencerobohan ke atas Gaza, tentera Israel menjatuhkan lebih 50,000 tan bahan letupan ke atas rumah awam, hospital, sekolah dan institusi lain.

“Ini mengakibatkan kemusnahan sepenuhnya 52,000 unit rumah, 69 sekolah, 121 bangunan kerajaan dan 100 masjid,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, kira-kira 7,600 orang masih tidak dapat dikesan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kaila berkata, lebih 15,900 rakyat Palestin, termasuk 250 pekerja kesihatan, terbunuh di Gaza sejak bermulanya perang dengan Israel.

Jumlah kematian semakin meningkat walaupun seruan antarabangsa supaya tentera Israel mengehadkan bahaya orang awam dalam fasa baharu serangan tenteranya di Gaza yang bermula pada 1 Disember apabila gencatan senjata dengan Hamas tamat, katanya.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza kononnya sebagai tindakan balas serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button